Friday, 10 February 2012

PENGHANTARAN LAPORAN STATUS PELAKSANAAN PROGRAM MENTOR MENTEE SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


oleh : En. Husnizar Bin Ahmad, Penolong PPD Bimbingan Kaunseling & Kerjaya 
pada 10 Feb 2012



Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Pengurusan Pendidikan KPPM Bil. 1/2012 pada 9 hingga 11 Januari 2012, telah memutuskan agar Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membentangkan Status Pelaksanaan Program Mentor Mentee di sekolah-sekolah kepada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia pada bulan Mac 2012.
3.         Sehubungan dengan itu, kerjasama tuan adalah dipohon untuk menyediakan Laporan Status Pelaksanaan Program Mentor Mentee di sekolah untuk tahun 2011 seperti ketetapan berikut;
a.    Status Pelaksanaan Program Mentor Mentee di Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah tahun 2011 hendaklah dilengkapkan oleh sekolah dan dihantar kepada En. Husnizar Bin Ahmad melalui email : husnizar.ahmad@gmail.com menggunakan format MS Excel (muat turun melalui laman web PPD Pasir Gudang).
b.    Semua Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan hendaklah mengisi borang laporan Lampiran A1. Semua Sekolah Menengah hendaklah mengisi borang laporan Lampiran A2.
c.    Sekolah-sekolah yang telah menghantar semula laporan yang lengkap hendaklah memaklumkan kepada En. Husnizar Bin Ahmad melalui SMS di talian 019-7285121.Laporan lengkap hendaklah dihantar sebelum atau pada 14 Februari 2012 sebelum jam 12.00 tengahari seperti ketentuan yang telah ditetapkan.

3.    Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Husnizar Bin Ahmad di talian 07-3881210 samb.262atau 019-7285121.Pihak sekolah diingatkan supaya menghantar laporan yang diminta seperti yang telah ditetapkan bagimengelakkan kesulitan di masa akan datang. Sekian untuk makluman dan tindakan pihak tuan. Kerjasama pihak tuan amat kami hargai.
Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment